KKR PASTIKAN PROJEK HOSPITAL PENGAJAR UNIMAS SIAP IKUT JADUAL | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KKR PASTIKAN PROJEK HOSPITAL PENGAJAR UNIMAS SIAP IKUT JADUAL

KOTA SAMARAHAN, SARAWAK – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan meninjau kemajuan Projek Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima (PKP) UNIMAS bernilai RM485.99 juta yang dilaksanakan secara reka dan bina oleh Perbena Emas Sdn. Bhd. dengan pemantauan Pasukan Projek Khas 2, JKR Malaysia.

Projek ini dibahagikan kepada dua fasa:

• Fasa 1 (siap 13 Jun 2024): Pusat Kesihatan Prima serta kemudahan sokongan seperti bilik rawatan, makmal, surau, kafeteria dan tangki air.

• Fasa 2: Hospital Pengajar UNIMAS berkapasiti 300 katil, dijangka siap pada 12 November 2026. Setakat ini, kemajuan projek mencapai 66.17%, tiga hari lebih awal daripada jadual.

Apabila siap, hospital ini akan menyokong pembelajaran perubatan UNIMAS serta memberi manfaat kesihatan kepada penduduk Samarahan, Kuching, Serian dan Sri Aman.

KKR akan terus memantau projek ini secara rapi melalui sesi libat urus dan pemeriksaan berkala agar siap mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan, sejajar dengan semangat Malaysia MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6