PEMBINAAN ASRAMA 200 PELAJAR & ENAM BILIK DARJAH BAHARU DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI SMK ENGKELILI LUBOK ANTU YANG MODEN DAN SELESA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PEMBINAAN ASRAMA 200 PELAJAR & ENAM BILIK DARJAH BAHARU DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI SMK ENGKELILI LUBOK ANTU YANG MODEN DAN SELESA

LUBOK ANTU, SARAWAK – YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini telah turun padang meninjau kemajuan pelaksanaan Projek Pembinaan 6 Bilik Darjah, Asrama (200 Pelajar) dan Lain-Lain Kemudahan di SMK Engkelili, Lubok Antu, Sarawak. Turun Padang Pemimpin meninjau projek dalam pembinaan adalah rutin dan budaya KKR dalam memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual disamping menyelesaikan permasalahan yang timbul di lapangan yang boleh menggugat pengurusan dan perjalanan projek.

Projek ini dilaksanakan secara Reka dan Bina (D&B) dengan Welfield Services

Sdn. Bhd. sebagai kontraktor dan Pasukan Projek Khas 2 (PPK2), Jabatan Kerja Raya

Malaysia sebagai agensi pelaksana.

SMK Engkelili merupakan sekolah penting di daerah Lubok Antu. Sekolah ini

beroperasi dalam satu sesi dengan jumlah murid seramai 1,068 orang (Tingkatan 1

hingga Tingkatan 6), dibantu oleh 89 orang guru serta 14 orang anggota kumpulan

pelaksana.

Projek ini telah dimulakan pada 2 Mei 2023, kini berjalan mengikut jadual dengan

kemajuan 61 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2026. Objektif

utama projek ini adalah untuk menyediakan bangunan baharu yang moden p serta

dilengkapi kemudahan dan infrastruktur yang selesa dan kondusif bagi menyokong

ekosistem pembelajaran dan pengajaran kea rah melahirkan pelajar yang cemerlang.

Projek bernilai lebih kurang RM22.5 juta ini melibatkan pembinaan Bangunan Akademik dengan kapasiti 6 bilik darjah, asrama yang boleh menampung 200 orang pelajar, bekalan elektrik, rumah pam, tangki air dan beberapa kemudahan lain.

KKR menyeru agar semua pihak yang terlibat terus komited memastikan projek ini

dapat disiapkan mengikut jadual. Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada

warga sekolah, malah mencerminkan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan

nilai prihatin, ihsan dan sejahtera dalam menyediakan persekitaran pembelajaran

yang lebih baik untuk generasi masa depan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4