TURPA DS KSU KKR HOSPITAL PARIT BUNTAR, PERAK | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

TURPA DS KSU KKR HOSPITAL PARIT BUNTAR, PERAK

PERAK - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim hari ini turun padang meninjau perkembangan Projek Hospital Parit Buntar Perak bagi memastikan fasiliti yang dibangunkan bukan sahaja menepati piawaian kualiti, malah mampu memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan setempat serta harapan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang moden,  selesa dan menyeluruh.

Turut hadir dalam turpa ini ialah Dr. Che Sarifah bt Sulieman, Pengarah Hospital Parit Buntar dan Encik Azqil bin Azman, Pengurus CIDB Penang. 

Lawatan ini juga dibuat berikutan aduan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Parit Buntar ke atas fasiliti bangunan yang disiapkan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3