KSU KKR SEMPURNAKAN MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KONSESI BGKP ZON TENGAH | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KSU KKR SEMPURNAKAN MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KONSESI BGKP ZON TENGAH

KUALA LUMPUR - Tengah hari tadi telah berlangsung Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian Konsesi Bagi Kontrak Penswastaan Perkhidmatan Pengurusan dan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan (BGKP) Zon Tengah antara Kementerian Kerja Raya dan Petekma Niaga Sdn. Bhd.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim bertempat di Bilik Kiambang, Blok B, Aras 7, Kompleks Kerja Raya.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), YBrs. Tuan Chek Zainuddin Chek Jusoh, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Fasiliti Kementerian Kerja Raya, YBrs. Cik Helena Remeo, Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan, YBrs. Encik Razali Othman, serta wakil Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri YBrs. Tuan Shahizal Rizwan Ahmat Raslan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3