KSU KKR HADIR MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA WARGA KEMENTERIAN | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KSU KKR HADIR MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA WARGA KEMENTERIAN

KUALA LUMPUR - Petang tadi Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim bersama Pengurusan Tertinggi KKR serta Agensi hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Kementerian Komunikasi, YBrs. Tuan Erwin Khairul Ahmad.

Majlis perhimpunan kali ini merupakan anjuran bersama Bahagian Pengurusan Fasiliti dan Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Kerja Raya.

Selain berkongsi mengenai amanat Perdana Menteri dalan Persidangan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Kali Ke-20 yang lalu, YBhg. Dato' Seri KSU turut menyentuh mengenai RMK13 dan intipati Malaysia MADANI.

Secara ringkasnya, Malaysia MADANI = Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Kepercayaan, dan Ihsan. Enam tonggak ini berfungsi sebagai panduan dalam pembangunan negara merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial, dan budaya.

Turut berlangsung sesi penyerahan Kit Jalur Gemilang bagi inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1