YBM MERASMIKAN NATIONAL ENGINEERING CONVENTION 2025: KUKUH KERJASAMA ASEAN & PERKASA PROFESIONAL KEJURUTERAAN
KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi pagi ini merasmikan National Engineering Convention 2025 yang berlangsung di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South.
Dengan tema “Engineering Malaysia Integrating ASEAN”, konvensyen ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh kerjasama kejuruteraan serantau, memperkasakan pembangunan profesional, serta menegakkan etika dan peraturan industri, di samping memberi inspirasi kepada generasi jurutera masa depan.
Dalam majlis ini, BEM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoA) bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi pelaksanaan Program Kepimpinan dan Pengurusan Keusahawanan untuk jurutera perunding PEPC.
Program berasaskan hibrid ini menyasarkan 20 peserta, bertujuan memperkukuh kemahiran keusahawanan, kepimpinan dan pengurusan. Ia diiktiraf sebagai BEM CPD Kategori 1 dengan sijil bersama BEM dan universiti, yang dijangka selesai menjelang akhir 2025.
Menambah nilai penganjuran, BEM turut melancarkan buku “Malaysia Engineering Landmark” yang mendokumentasikan pencapaian serta warisan kejuruteraan ikonik negara, sekali gus menzahirkan kebanggaan Malaysia di pentas dunia.
- Log in to post comments