CADANGAN PROJEK PENYURAIAN TRAFIK DI ANTARA PLAZA TOL JURU DAN PLAZA TOL SUNGAI DUA, PULAU PINANG DI LEBUHRAYA UTARA- SELATAN (PLUS) DAN KAWASAN SEKITAR (PTJSD) – PAKEJ 1: KERJA- KERJA MENAIKTARAF BULATAN DI PERSIMPANGAN BERTINGKAT TIMUR-BARAT DAN PEM | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
Acquisition Type
Tender
Date of Advertisement
Procurement Title

CADANGAN PROJEK PENYURAIAN TRAFIK DI ANTARA PLAZA TOL JURU DAN PLAZA TOL SUNGAI DUA, PULAU PINANG DI LEBUHRAYA UTARA- SELATAN (PLUS) DAN KAWASAN SEKITAR (PTJSD) – PAKEJ 1: KERJA- KERJA MENAIKTARAF BULATAN DI PERSIMPANGAN BERTINGKAT
TIMUR-BARAT DAN PEMBINAAN JEJAMBAT BAHARU DI JALAN TUN HUSSEIN ONN (“PROJEK JSD-P1”)

Calling Office

PROJEK LEBUHRAYA USAHASAMA BERHAD (“PLUS BERHAD”)

Company Status

BUMIPUTERA

mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang dikeluarkan oleh
Pusat Khidmat Kontraktor sahaja yang masih sekurang-kurangnya 31 Disember 2025

CIDB Grade
G7
Category

CE

Specialization

CE01,CE02,CE21 DAN CE36 

*E11 DAN E16

* Rujuk Nota item 4 di bawah
Nota penting: Sila kemukakan semua salinan sijil asal yang
masih berkuatkuasa dan satu (1) salinan pendua bagi sijil-sijil
berkenaan yang disahkan (certified true copy) oleh Setiausaha
Syarikat serta bukti pembayaran pembelian

Date of Site Visit
On Sale Date
Sale Deadline
Document Price
RM500.00
Site visit

TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK

Tarikh: 4 September 2025 (Khamis)
Masa Pendaftaran: 9:00 pagi - 10:00 pagi
Masa Taklimat: 10.30 pagi
Lokasi:
Pejabat PLUS Seksyen N3/N6/N7 (bersebelahan Plaza Tol Kubang Semang), KM6.5, Lebuhraya Butterworth- Kulim, 13500 Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang
Koordinat:
5.3989752674, 100.4245331589
• KEHADIRAN SECARA FIZIKAL PADA SESI TAKLIMAT
TENDER ADALAH DIWAJIBKAN
• LAWATAN TAPAK AKAN DIBUAT SECARA MAYA SELEPAS TAKLIMAT TENDER
• HANYA PENAMA DI DALAM SIJIL PPK DAN SPKK ATAU PUKONSA ATAU UPKJ SAHAJA DIBENARKAN
UNTUK MENGHADIRI TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK SECARA MAYA
• WAKIL SELAIN DARIPADA PENAMA ADALAH TIDAK DIBENARKAN

KELAYAKAN
Memiliki perakuan yang masih sah seperti berikut:
1) Tender ini terbuka kepada KONTRAKTOR BUMIPUTERA dan mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor sahaja yang masih sah sekurangkurangnya sehingga 31 Disember 2025.
2) Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
3) Mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau Sijil
Pusat Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) atau Sijil Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juruperunding Sarawak (UPKJ).
4) Memperolehi penarafan minima 3 bintang dalam SCORE - CIDB yang masih sah sekurang-kurangnya sehingga 31 Disember 2025.
5) Mempunyai pengalaman melibatkan kerja-kerja pembinaan
lebuh raya atau jalan raya (minima kategori U5/R5) atau jejambat atau lebuhraya bertingkat dengan jumlah kontrak
yang tidak kurang daripada RM20 juta (dalam syarikat entiti
tunggal sahaja) dalam tempoh 10 tahun yang lepas di dalam
pelantikan satu kontrak kerja. Petender diwajibkan membawa
dan menunjukkan bukti pengalaman dan lantikan kepada
Urusetia Tender:
a. Surat Setuju Terima Lantikan Projek; dan
b. Sijil Siap Kerja (sekiranya ada)

GRED, KATEGORI & PENGKHUSUSAN
Kontraktor hendaklah berdaftar dan mempunyai gred, kategori
dan pengkhususan seperti berikut dalam Sijil Perakuan
Pendaftaran Kontraktor dan berpengalaman dalam kerja-kerja
jalan atau pavemen atau pembinaan jambatan:
Gred
Gred G7
Kategori
Pembinaan Kejuruteraan Awam (CE)
Pengkhususan
CE01 – Pembinaan Jalan dan Pavemen,
CE02 – Pembinaan Jambatan dan Jeti,
CE21 – Pembinaan Kejuruteraan Awam dan
CE36 – Kerja-kerja Tanah
*E11 – Kerja Am Elektrik
*E16 – Lampu Jalan dan Lampu Isyarat
* Rujuk Nota item 4 di bawah
Nota penting: Sila kemukakan semua salinan sijil asal yang
masih berkuatkuasa dan satu (1) salinan pendua bagi sijil-sijil
berkenaan yang disahkan (certified true copy) oleh Setiausaha
Syarikat serta bukti pembayaran pembelian Dokumen Tender
semasa pembelian Dokumen Tender.

SKOP KERJA
Termasuk kerja-kerja sivil di sepanjang jajaran utama JSD Pakej 1 Lebuhraya Utara-Selatan termasuk seperti di bawah dan tidak terhad kepada: Kerja-kerja Tanah, Rawatan Tanah,
Kerja-kerja Saliran Air, Pembinaan Pavemen, Kerja-kerja Pembinaan Jejambat dan Sistem Perlindungan Cerun dan
Penstabilan, Struktur Penahan, Pengalihan Utiliti dan Perkhidmatan, Sistem Elektrikal dan Pencahayaan Jalan,
Pengurusan Trafik dan Kerja-kerja Pengawalan Alam Sekitar.

PENJUALAN DOKUMEN TENDER
Tempoh Jualan: 4 September 2025 (Khamis) hingga 11 September 2025 (Khamis)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
(Isnin – Jumaat kecuali cuti umum)
Lokasi:
Kaunter Penjualan Tender, Menara Korporat, Persada PLUS,
Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

BAYARAN DOKUMEN
Harga satu (1) set Dokumen Tender RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) (Tidak akan dikembalikan)
Dokumen Tender akan dihantar melalui e-mel jsdprocurement@plus.com.my selepas pengesahan pembayaran dilakukan.
Pembayaran secara dalam talian sahaja kepada:-
PROJEK LEBUHRAYA USAHASAMA BERHAD
Bank: CIMB Bank Berhad
No. akaun: 8000466716
Rujukan Pembayaran: JSD-P1 Tender
Butiran Pembayaran: Nama Syarikat yang layak  membeli tender

SERAHAN & TARIKH TUTUP TENDER
SERAHAN DOKUMEN TENDER SALINAN CETAK SECARA FIZIKAL
Lokasi:
PETI TENDER (TENDER BOX), Aras Bawah, Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tarikh Tutup Tender
12 September 2025 (Jumaat) pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari.
Petender hendaklah mengemukakan Deposit Tender bernilai RM10,000.00 dalam bentuk draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia pada atau sebelum Tarikh Tutup Tender bersama Dokumen Tender.
*Sebarang kelewatan dalam penyerahan Dokumen Tender tidak akan diterima.

 

Nota:
1. Kaunter pendaftaran taklimat tender akan dibuka pada jam 9.00 pagi – 10.00 pagi pada 4 SEPTEMBER 2025. Pendaftaran lewat tidak dibenarkan untuk menyertai tender. Kontraktor yang hadir ke taklimat tender dan lawatan tapak (secara maya) WAJIB membawa sijil-sijil ASAL berserta SALINAN YANG DIAKUI SAH oleh SETIAUSAHA SYARIKAT (tidak akan dikembalikan) iaitu:
i. SIJIL TARAF BUMIPUTERA (STB);
ii. PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK);
iii. SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) ATAU PUKONSA ATAU UPKJ;
iv. SIJIL PENARAFAN SCORE – CIDB; dan
v. Bukti KELAYAKAN PENGALAMAN seperti yang dinyatakan di item (5) di atas.

2. Kontraktor disarankan membawa cop syarikat lengkap beralamat dan cop bulat syarikat semasa pendaftaran.

3. Setiap syarikat hanya boleh mengambil bahagian sebagai syarikat entiti tunggal sahaja.

4. Bagi Petender/Syarikat yang tidak mempunyai pengkhususan E11 dan E16 di dalam/di bawah Syarikat mereka, Petender/Syarikat dibenarkan untuk melantik serta menamakannya sebagai sub-kontraktor dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada penyerahan Dokumen Tender. Sub-kontraktor ini juga perlulah memenuhi syarat Kelayakan 2 dan 3 seperti dinyatakan di dalam jadual di atas.

5. Petender yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri sesi taklimat tender secara fizikal dan lawatan tapak (secara maya) seperti yang dijadualkan di atas. Hanya PENAMA di dalam sijil PPK dan SPKK atau PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan untuk menyertai sesi taklimat tender dan lawatan tapak (secara maya). Kontraktor yang GAGAL menghadiri sesi taklimat tender dan lawatan tapak (secara maya) adalah TIDAK LAYAK menyertai tender. Mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam sijil atau Perwakilan Kuasa adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

6. Dokumen meja tender disediakan untuk semakan di Kaunter Penjualan Tender, Menara Korporat, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan pada waktu pejabat (9.00 pagi – 5.00 petang, Isnin – Jumaat
kecuali cuti umum) bermula pada 4 September 2025 hingga 11 September 2025.

7. Harga Dokumen Tender adalah sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) dan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN. Bayaran hendaklah dibuat secara dalam talian/“online transfer” SAHAJA dengan rujukan “JSD-P1 Tender” berserta “BUTIRAN NAMA SYARIKAT YANG LAYAK MEMBELI TENDER” di atas nama PROJEK LEBUHRAYA USAHASAMA BERHAD di akaun bank CIMB Bank Berhad 8000466716. Sila sertakan bukti pembayaran pembelian ke alamat e-mel jsdprocurement@plus.com.my. Pembelian dokumen secara tunai adalah TIDAK DIBENARKAN.

8. Wakil kontraktor yang ditauliahkan untuk membuat pembelian Dokumen Tender perlulah membawa surat perwakilan kuasa berserta cop rasmi syarikat dan mengemukakan bersama sesalinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PUKONSA atau UPKJ (tidak dikembalikan) dan Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontrator sahaja yang masih sah sekurang-kurangnya sehingga 31 Disember 2025 semasa membeli Dokumen Tender.

9. Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas tamat tempoh pembelian Dokumen Tender sepertimana yang telah dinyatakan di atas. Dokumen Tender salinan cetak secara fizikal yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender pada tarikh, masa dan tempat yang dijadualkandi atas.

10. Semua kos yang berkaitan dengan tawaran tender di atas adalah tanggungjawab pihak kontraktor sepenuhnya. Dokumen Tender yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan PLUS Berhad tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kehilangan,kelewatan, kerugian dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui pos atau kurier.

11. PLUS Berhad tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab atau alasan sesuatu tawaran itu ditolak. Semua perbelanjaan yang terlibat untuk membuat tawaran atau tender berkenaan atau apa-apa perbelanjaan bersangkutan dengannya adalah menjadi tanggungan kontraktor sepenuhnya. Pihak PLUS Berhad tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang terlibat dan tidak bertanggungjawab untuk membayar balik apa-apa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor.

12. Sebarang pertanyaan berkenaan tender ini hendaklah dibuat secara bertulis melalui e-mel jsdprocurement@plus.com.my

Closing date