TENDER TERBUKA PERKHIDMATAN PERUNDING AWAM DAN STRUKTUR BAGI MENAIKTARAF JALAN
PERSEKUTUAN 5 (FR5) TELUK INTAN - KAMPUNG LEKIR DI PERAK. - KAJIAN REHABILITASI SUNGAI, KERJA PERLINDUNGA N TEBING SUNGAI DAN STRUKTUR JAMBATAN SULTAN YUSOF, PERAK.
CAWANGAN JALAN
330101 (KEJ. AWAM)
330102 (KEJ. STRUKTUR)
Taklimat Tender dan Lawatan Tapak akan diadakan di Jabatan Kerja Raya Daerah Hilir Perak, Jalan Mustafa Al-Bakri, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan pada 03 SEPTEMBER 2025 jam 10.00 Pagi. Hanya Pemilik Syarikat/Prinsipal atau Penama/Rakan Kongsi yang didaftarkan dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Sahaja yang dibenarkan hadir. Sila bawa bersama dokumen asal Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan, Sijil Pendaftaran Lembaga Jurutera Malaysia dan Cop Syarikat Beralamat semasa Taklimat Tender dan Lawatan Tapak.
Tatacara Penyertaan Tender
1) Petender WAJIB mengisi BORANG MAKLUMAT ASAS di pautan yang diberikan di bawah bermula dari 28 OGOS 2025 sehingga 02 SEPTEMBER 2025 sebelum jam 10.00 Pagi. Bagi sesi pengisian Borang Maklumat Asas tersebut, hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia sahaja
dibenarkan mendaftar. Borang Maklumat Asas yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
2) Hanya petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas serta menghadiri sesi Taklimat Tender dan Lawatan Tapak) akan menerima emel bagi pengedaran dokumen pelawaan. Dokumen Pelawaan akan diedarkan bermula pada 08 SEPTEMBER 2025.
3) Petender yang layak perlu memuat turun Dokumen Pelawaan seperti yang tercatat di dalam emel tersebut.
4) Dokumen Pelawaan yang diberikan adalah PERCUMA.
Daftar disini (Borang Maklumat Asas) https://forms.gle/DH675VuyVr1VfP2F9
Syarat Utama Pelawaan
1- BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN DAN BERDAFTAR DI
BAWAH KOD BIDANG YANG DITETAPKAN;
2- TEMPOH PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MASIH SAH BERKUATKUASA
SEKURANG- KURANGNYA TIGA (3) BULAN DARIPADA TARIKH PELAWAAN;
DAN
3- BERDAFTAR DENGAN LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA DAN TEMPOH PENDAFTARAN MASIH SAH SEMASA TARIKH TUTUP TENDER
Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Pelawaan terbuka di Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur seperti alamat di atas tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari pada 29 SEPTEMBER 2025. Dokumen Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.