TURUN PADANG JAJARAN REDLINE LEBUHRAYA PAN BORNEO SARAWAK | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

TURUN PADANG JAJARAN REDLINE LEBUHRAYA PAN BORNEO SARAWAK

SIBU –  Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir meneruskan lawatan kerja ke jajaran Redline Lebuhraya Pan Borneo Sarawak (Seksyen Durin dan Salim). Seksyen ini merupakan salah satu daripada empat Jajaran Redline Long Stretches yang disenaraikan.

Jajaran Redline merujuk kepada laluan sedia ada yang tidak dinaik taraf ketika pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak kerana masih berada dalam keadaan baik pada waktu itu. Namun, keadaan jalan kini menunjukkan tanda kerosakan yang semakin ketara.

Hasil tinjauan mendapati laluan beralun akibat mendapan tanah gambut, di samping struktur culvert di atas cerucuk yang kekal kukuh tetapi menyebabkan perbezaan paras permukaan. Keadaan ini turut diburukkan lagi dengan keretakan jenis crocodile crack yang meluas serta pertambahan lubang jalan (pothole) di beberapa lokasi. Sehubungan itu, kerja pembaikan menyeluruh perlu dilaksanakan segera bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Taklimat di tapak disampaikan oleh Ts. Chang Chee Kheong, Jurutera Kanan J48, Cawangan Pembangunan Lebuh Raya, JKR Sarawak.

Mengakhiri sesi lawatan, YBhg. Datuk TKSUDP juga turut meninjau kerja-kerja penyenggaraan rutin bagi pemotongan rumput dan pembersihan longkang yang dijalankan oleh konsesi jalan raya di laluan sama serta di jalan protokol iaitu laluan utama berdekatan Lapangan Terbang Sibu. Tinjauan mendapati kerja-kerja tersebut tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan dalam kontrak dan diarahkan untuk mempertingkatkan kualiti kerja pada masa hadapan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0