PEMANTAUAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PEMANTAUAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI

SONG, SARAWAK  – Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, YBhg. Datuk Mohd Sakeri Abd Kadir mengadakan lawatan pemantauan ke Projek Kampung Angkat Madani - Nanga Engkuah, Ulu Ketibas.

Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, YBrs. Encik Ambrose Abong anak Bugek; wakil Pegawai Residen Kapit, YBrs. Puan Caroline Anak John Sikie, Pegawai Daerah Song, YBrs. Encik Harry Brude Edwin; wakil pegawai daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia; wakil pegawai daripada JKR Sarawak serta wakil pegawai daripada JKR Bahagian Kapit.

Lawatan ini bertujuan menilai kemajuan beberapa projek pembinaan yang dijadualkan, termasuk:

- Pembinaan dua jambatan besi pejalan kaki berbumbung baharu menghubungkan Rumah Assan – Rumah Radiah – Rumah Albert Lajong.

- Pemasangan lampu solar jalan menuju ketiga-tiga rumah panjang tersebut.

- Naiktaraf pondok menunggu di jeti konkrit Nanga Engkuah.

- Pembinaan bumbung & naik taraf laluan pejalan kaki menuju rumah-rumah panjang berkenaan.

Program Kampung Angkat Madani merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia Madani untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara bandar dan luar bandar, merangkumi bekalan air, elektrik, jalan, lampu jalan, perkhidmatan masyarakat, serta akses internet di desa dan kampung terpinggir. 

Pelaksanaannya berasaskan pendekatan Whole of Government bagi memastikan pembangunan yang inklusif dan menyeluruh.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0