PROJEK NAIK TARAF JALAN FT209 & FT131: MEMACU KETERHUBUNGAN KOTA BHARU | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PROJEK NAIK TARAF JALAN FT209 & FT131: MEMACU KETERHUBUNGAN KOTA BHARU

KOTA BHARU - Seusai Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Laluan FT003 dari Persimpangan Melor – Ketereh ke Kg. Pak Badol yang telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) Kementerian Kerja Raya telah meneruskan lawatan kerja ke Projek Menaik Taraf Jalan FT209 dan FT131 dari Persimpangan Bertingkat Pasir Hor ke Panchor, Kota Bharu, Kelantan.

Projek ini bermula pada 17 Ogos 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 4 November 2026. Sehingga kini, kemajuan fizikal adalah 46.42%, sedikit di bawah jadual asal 51.81%. Skop kerja merangkumi:

 • Menaik taraf FT131 daripada jalan tunggal dua (2) lorong kepada jalan berkembar empat (4) lorong mengikut Piawaian U5 sepanjang 6 km.

 • Pembinaan flyover di Persimpangan Pauh Panji (FT131/D106).

 • Menaik taraf lima (5) persimpangan.

 • Membina tiga (3) jejantas pejalan kaki beserta ramp.

 • Kerja-kerja pengambilan balik tanah.

Projek ini melambangkan usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan infrastruktur berkualiti, selamat dan inklusif, sejajar dengan prinsip Malaysia MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, kelestarian pembangunan, serta keterhubungan menyeluruh demi kemakmuran bersama.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1