KKR BERSAMA MINDEF MEMACU PERTAHANAN NEGARA WILAYAH TIMUR SABAH | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KKR BERSAMA MINDEF MEMACU PERTAHANAN NEGARA WILAYAH TIMUR SABAH

SANDAKAN, SABAH – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus komited menyokong usaha mempertingkatkan pertahanan negara wilayah timur Sabah apabila YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya turun padang hari ini bagi meninjau kemajuan Projek Pembinaan Jeti Mawilla 2 di Sandakan, Sabah.

Projek yang bernilai RM122.99 juta ini dilaksanakan dengan kaedah Reka dan Bina dan kini telah mencapai kemajuan fizikal 80%. Ia dijangka siap mengikut jadual kontrak yang telah ditetapkan.

Skop projek ini meliputi pembinaan:

• 2 Jeti Konkrit (300m x 20m dan 75m x 15m),

• 2 Pontoon Konkrit (18m x 5.5m),

• Rumah Bosun,

• Bangunan Mekanikal & Elektrikal (M&E),

• Kemudahan asas seperti tandas, tangki air dan lain-lain mengikut piawaian semasa.

Projek ini bertujuan untuk:

• Menyediakan kemudahan tambatan kapal yang lengkap dengan bekalankuasa, minyak, air bersih dan telekomunikasi.

• Menjamin tahap keselamatan yang lebih tinggi untuk kapal-kapal TLDM dan kapal tentera asing yang berlabuh.

Seiring aspirasi Kerajaan MADANI, KKR berharap projek ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anggota TLDM demi menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

KKR menyeru agar pihak JKR dan kontraktor dapat terus bekerjasama secara erat dan melakukan libat urus secara berterusan demi memastikan projek ini siap mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0