YBM TURUN PADANG DI PROJEK PEMBINAAN JALAN AKSES KE KAWASAN SELATAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

YBM TURUN PADANG DI PROJEK PEMBINAAN JALAN AKSES KE KAWASAN SELATAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING

STUTONG BARU - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi turut meluangkan masa meninjau kemajuan kerja di tapak Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Setakat ini, projek telah mencatat kemajuan fizikal sebanyak 96%, dengan baki kerja melibatkan pemasangan perabot jalan dan lampu jalan. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada September 2025.

Skop kerja melibatkan pembinaan jalan baharu lengkap dengan persimpangan bertingkat, jejambat, sistem perparitan, pemasangan utiliti serta pembinaan pencawang baharu SEB.

Apabila siap kelak, projek ini akan menjadi laluan alternatif penting yang menghubungkan Samarahan ke Kuching — sekali gus membantu mengurangkan kesesakan di laluan utama sedia ada. 

Jaringan jalan yang lebih tersusun ini bakal membuka ruang kepada pembangunan lebih besar dan memperkukuh kesalinghubungan antara kawasan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0