PROJEK MENAIKTARAF JAMBATAN MERENTASI SUNGAI MARANG DI LALUAN FT003 JALAN KUALA TERENGGANU - KUANTAN, MARANG, TERENGGANU | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PROJEK MENAIKTARAF JAMBATAN MERENTASI SUNGAI MARANG DI LALUAN FT003 JALAN KUALA TERENGGANU - KUANTAN, MARANG, TERENGGANU

MARANG - YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, membuat lawatan ke tapak Projek Menaik Taraf Jambatan Merentasi Sungai Marang di Laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian dalam memastikan semua projek pembangunan dilaksanakan dengan cekap, telus dan mengikut jadual serta spesifikasi yang telah ditetapkan. 

Fokus lawatan ini adalah untuk menilai kemajuan projek, mengenalpasti cabaran di lapangan, serta memastikan pelaksanaan selaras dengan objektif utama iaitu meningkatkan infrastruktur dan kesejahteraan rakyat setempat.

Sepanjang lawatan, YBhg. Dato' Seri KSU telah diberi taklimat oleh pegawai tapak projek dan kontraktor, meninjau kerja-kerja yang sedang dijalankan serta berinteraksi dengan pihak berkepentingan utama.

Lawatan ini memberikan gambaran yang jelas dan menegaskan kepentingan pemantauan secara langsung demi mencapai impak yang optimum dan pulangan pelaburan yang terbaik.

Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh tadbir urus projek, malah menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara agensi pelaksana, perunding, kontraktor dan komuniti setempat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0