TURPA KSU KKR MEMANTAU PROJEK INFRASTRUKTUR FIZIKAL LEBUHRAYA
SERTIK, PAHANG - Seawal bening pagi Datuk Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Kerja Raya (KKR) telah berangkat dari kediaman beliau menuju Sertik, Pahang.
Turut bersama team beliau ialah team dari Bahagian Perancang Jalan, Bahagian Pembangunan dan Penswastaan KKR dan Cawangan Kerja Jalan, Jabatan Kerja Raya.
Tujuannya SATU. Melihat dan memantau sendiri kemajuan pelaksanaan projek pembinaan lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU). Tempat persinggahan pertama ialah Sertik ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur LPT (CH 0 - CH. 8050), Pahang.
Beliau bukan tidak percara kepada Laporan Kemajuan Projek dan ini bukan micro manage. Tetapi memang style KSU untuk melihat sendiri dengan mata kepala beliau, ‘seeing is believing’. jika ada kesalahan ditegurnya, tidak disimpan dalam hati, jika ada masalah dibantu untuk diselesaikan dengan cepat tidak terperuk menjadi sakit.
Itulah yang dilakukan hari ini dalam misi beliau ke Pahang, Kelantan dan Terengganu, mengisi ruang sebelum menghadiri kemuncak Program Madani Rakyat 2025 Edisi Terengganu di mana KKR menjadi Peneraju Utama bersama ICU, JPM.
- Log in to post comments