REQUEST FOR PROPOSAL BAGI PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN ZON 1 (JOHOR) SECARA KERJASAMA AWAM SWASTA
UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA, JABATAN PERDANA MENTERI
Mempunyai peratusan pegangan ekuiti oleh Bumiputera tidak kurang
daripada 30% dalam bentuk saham biasa.
F & CE
i) F01 – Fasiliti Bangunan dan Infrastruktur Am
ii) CE01 – Pembinaan Jalan dan Pavemen
iii) CE02 – Pembinaan Jambatan dan Jeti
iv) CE21 – Kerja-kerja Kejuruteraan Awam
Sesi Taklimat RFP: 18 Julai 2025 (hari: Jumaat)
Masa: 9.30 pagi
Tempat:
Kementerian Kerja Raya
Bilik Tanjung (Gerakan)
Tingkat 6, Blok A
Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50582 KUALA LUMPUR
- Sesi yang dinyatakan di atas adalah MANDATORI untuk kesemua syarikat yang berhasrat menyertai tawaran RFP ini. Kegagalan menghadiri sesi taklimat ini akan membatalkan penyertaan untuk pelawaan RFP.
- Hanya dua (2) individu dari setiap syarikat dibenarkan
menghadiri sesi ini. - Wakil syarikat yang akan hadir hendaklah PENAMA yang diluluskan oleh syarikat dan PENAMA tersebut adalah disenaraikan dalam
SPKK, CIDB. - Selaras dengan peraturan keselamatan yang telah ditetapkan, setiap wakil syarikat yang akan menghadiri sesi di atas perlu membawa pengenalan diri (kad pengenalan) dan salinnnya semasa sesi
tersebut.
Dokumen WAJIB perlu dibawa semasa Sesi Taklimat RFP: - Salinan kad pengenalan wakil syarikat;
- Salinan PPK dan SPKK dan CIDB
- Cap rasmi syarikat.
*Hanya PENAMA dalam SPKK, CIDB yang dibenarkan untuk menyertai taklimat. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama-penama di dalam Sijil berkenaan. - Pra-pendaftaran kehadiran ke sesi taklimat adalah DIGALAKKAN:
KELAYAKAN MENYERTAI TAWARAN
- Syarikat yang menyertai tawaran RFP ini boleh terdiri daripada entiti tunggal atau usaha sama (joint venture – JV)/konsortium.
- Bagi entiti tunggal, dan setiap entiti dalam usaha sama (joint venture – JV)/ konsortium hendaklah berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777].
- Syarikat hendaklah dimiliki sepenuhnya oleh warganegara Malaysia.
- Mempunyai peratusan pegangan ekuiti oleh Bumiputera tidak kurang daripada 30% dalam bentuk saham biasa.
- Syarikat mempunyai rekod pengalaman dalam melaksanakan projek-projek penyenggaraan jalan/ infrastruktur jalan.
- Keupayaan kewangan:
(a) Mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM2,000,000 (Ringgit Dua Juta) sahaja;
(b) Nilai Bersih (Net worth) minimum bernilai semasa RM9,000,000 (Ringgit Sembilan Juta) sahaja bagi penyertaan sebagai entiti
tunggal atau sebagai usahasama/ konsortium; - Keupayaan teknikal:
(a) minimum lima (5) tahun pengalaman dan rekod prestasi dalam dalam bidang penyenggaraan jalan/ infrastruktur jalan;
(b) memiliki pengalaman dan keupayaan sepenuhnya dalam melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan jalan/infrastruktur jalan;
(c) Merupakan syarikat bertaraf G7 yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai pengkhususan dalam kategori berikut:
i) F01 – Fasiliti Bangunan dan Infrastruktur Am;
ii) CE01 – Pembinaan Jalan dan Pavemen;
iii) CE02 – Pembinaan Jambatan dan Jeti; dan
iv) CE21 – Kerja-kerja Kejuruteraan Awam; serta memiliki Perakuan
Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah daripada CIDB; dan
(d) Mempunyai Sijil CIDB SCORE yang sah dengan penarafan minimum tiga (3) bintang. - Hadir ke sesi Taklimat RFP pada 18 JULAI 2025.
BUTIRAN JUALAN DOKUMEN RFP
Tarikh pembelian dokumen RFP pada:
21 Julai hingga 25 Julai 2025
Isnin – Khamis
9.00 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 4.00 petang
Jumaat
9.00 pagi – 12.00 tengah hari
3.00 petang – 4.00 petang
(tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum)
Tempat:
Unit Kerjasama Awam Swasta,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 2, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA
Dokumen WAJIB perlu dibawa bagi urusan pembelian dokumen RFP:
(a) Borang Pembelian Dokumen RFP;
(b) Surat Wakil Syarikat;
(c) Salinan Slip Kehadiran Sesi Taklimat RFP;
(d) Cap Rasmi Syarikat;
(e) Draf Bank/Banker’s Cheque pembelian dokumen RFP.
*Pembelian dokumen RFP ini hanya ditawarkan kepada syarikat yang
telah menghadiri taklimat RFP seperti yang ditetapkan dan mengemukakan slip kehadiran taklimat semasa pembelian dokumen RFP.
HARGA DOKUMEN RFP
RM10,000.00*
(Ringgit Sepuluh Ribu) sahaja dalam bentuk Draf Bank/ Banker’s Cheque di atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-JPM-T
* Sila ambil maklum bahawa pembayaran ini tidak akan dikembalikan dalam apa jua keadaan termasuk jika syarikat berhasrat untuk tidak
meneruskan penyertaan pada mana-mana proses selanjutnya.
BUTIRAN SERAHAN CADANGAN BIDAAN
Tarikh serahan: 28 dan 29 Ogos 2025
Khamis
9.00 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 4.00 petang
Jumaat
9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat serahan: [Rujuk Dokumen RFP]
Penyerahan dokumen bidaan hendaklah disertakan dengan Sekuriti Bidaan (bid security) berjumlah RM1,000,000 (Ringgit Satu Juta) sahaja dalam bentuk jaminan bank daripada bank tempatan dengan
tempoh sah laku tidak kurang daripada satu (1) tahun dari Tarikh
Tutup Penyerahan.
Kegagalan untuk mengemukakan perkara ini sebagaimana syarat dinyatakan dalam dokumen RFP akan menyebabkan tawaran ditolak.
PENYERAHAN DOKUMEN CADANGAN BIDAAN
1. Dokumen cadangan bidaan yang telah lengkap perlu diserahkan dalam bentuk salinan cetak (hard copy) dan salinan lembut (soft copy) seperti yang berikut:
(a) 1 salinan hard copy set asal cadangan bidaan yang mengandungi nama pembida, ditandakan dengan jelas sebagai ORIGINAL
(b) 5 salinan hard copy set cadangan bidaan TANPA NAMA PEMBIDA (DALAM SETIAP HELAIAN DOKUMEN), ditandakan dengan jelas sebagai COPY
(c) 1 USB Pen Drive yang mengandungi salinan soft copy set asal cadangan bidaan yang mengandungi nama pembida, ditandakan dengan jelas sebagai & ORIGINAL
(d) 1 USB Pen Drive TANPA SEBARANG SIMBOL ATAU NAMA PEMBIDA, yang mengandungi salinan soft copy set cadangan bidaan TANPA NAMA PEMBIDA dalam mana-mana dokumen soft copy tersebut, ditandakan dengan jelas sebagai COPY
2. Kedua-dua USB Pen Drive ini hendaklah diserahkan dalam satu sampul berasingan dan dilabel dengan jelas sebagai “SOFT COPY” di bahagian atas kiri sampul.
3. Dokumen bidaan yang dihantar lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan (seperti dinyatakan dalam dokumen RFP) akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan. Kerajaan tidak akan bertanggungan ke atas apa-apa kos dan perbelanjaan yang dibuat oleh pembida dalam menyertai RFP ini.
Kerajaan juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui pos atau kurier.