Acquisition Type
Sebutharga
Date of Advertisement
Procurement Title
PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK JALAN DARI KG. REDANG SAWA, KAMPAR HINGGA KE KG. PISANG, BATU GAJAH, PERAK
Calling Office
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT KUALA LUMPUR KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA KERJA
Company Status
Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Negeri Perak, Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang.
CIDB Grade
G4,G5,G6,G7
Category
ME
Specialization
E04, E11, E16 dan E17
Date of Site Visit
On Sale Date
Sale Deadline
Document Price
RM0.00
Site visit
- Taklimat Sebut Harga adalah diwajibkan. Lawatan tapak tidak diwajibkan. Hanya kontraktor yang telah melengkapkan pendaftaran dan melepasi saringan akan disenarai pendek dan dipelawa melalui email atau surat untuk ke sesi Taklimat Sebut Harga yang akan diadakan pada 24hb Julai 2025 (Khamis), jam 10.00 pagi secara dalam talian. Hanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai taklimat dan syarikat tidak
boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga. Syarikat yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai sesi taklimat Sebut
Harga tersebut.. - Kontraktor yang berminat dikehendaki membuat pendaftaran di atas talian melalui pautan https://forms.gle/FkDMvknuVFKtBHm9A bermula dari 10hb Julai 2025 (Khamis), jam 8.00 pagi sehingga 22hb Julai 2025 (Selasa), jam 12.00 tengah hari sahaja.
- Penyebutharga wajib mengemukakan sijil TCC, Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO), Borang Akuan Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (SA) bersama-sama dokumen sebut harga semasa mengemukakakan tawaran. Penyebutharga boleh membuat semakan dan cetakan TCC secara melalui menu status MyTax di portal My Tax iaitu: https://mytax.hasil.gov.my . Portal MyTax boleh diakses dengan menggunakan nombor kad pengenalan/ pasport dan kata laluan seperti mana pembayar cukai mendaftar masuk bagi tujuan pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP) melalui apliksai e-filing. TCC dikemukakan hendaklah berstatus ”patuh” dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan.
- Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (Download) melalui pautan (Link URL) yang akan diemailkan kepada kontraktor yang melepasi saringan dan menghadiri Taklimat Sebut Harga. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula 29hb Julai 2025 (Selasa) sehingga 5hb Ogos 2025 (Selasa).
- Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisihendaklah dihantar dengan hanya serahan tangan di alamat : Pengarah Kanan, CawanganKejuruteraan Elektrik, Tingkat 11, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia,Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengahari, 12hb Ogos 2025 (Selasa).
- Sebarang pertanyaan sila email ke uprjpcke@jkr.gov.my atau dzakira@jkr.gov.my.