MAJLIS RUMAH TERBUKA GAWAI DAYAK @ KKR 2025
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, YAB. Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak @ KKR 2025 yang diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, YAB. Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof.
Ketibaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri disambut oleh Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan serta para pengurusan tertinggi KKR.
Sambutan Gawai Dayak merupakan detik istimewa bagi masyarakat dayak – khususnya kaum Iban dan Bidayuh –dalam menyambut musim menuai dan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian. Lebih daripada itu, ia adalah manifestasi budaya dan warisan yang terus mekar serta perlu bersama-sama kita raikan dan lestarikan bersama.
Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak 2025!
Ngagai semua kitai ka bebansa Dayak.
Gayu Guru Gerai Nyamai,
Senang Lantang Nguan Menua. Ohhhaaaaaaaa…
- Log in to post comments