MENJULANG KOMITMEN, MEMPERKASA INDUSTRI | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MENJULANG KOMITMEN, MEMPERKASA INDUSTRI

SIBU - Lawatan kerja turun padang oleh YBhg. Dato’ Sri Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya ke pejabat CIDB Sibu hari ini membuka ruang perbincangan strategik demi memperkukuh tadbir urus dan pembangunan industri pembinaan di Sarawak.

Turut hadir dalam sesi ini, YBrs. Ts. Br. Rosmen bin Ag Hassan, Pengarah CIDB Negeri Sarawak, YBrs. Pn. Mirza Fariza binti Narawi, Pengurus CIDB Cawangan Sibu. YBrs. Ts. Kamarul Azman bin Abd Razak, Pengurus CIDB Cawangan Bintulu dan YBrs. En. Halid bin Samian, Pengurus CIDB Cawangan Miri.

Langkah ini sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI, memacu pembangunan berteraskan nilai integriti, ketelusan dan kesejahteraan rakyat, demi sebuah negara yang progresif dan inklusif.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0