TURUN PADANG YB TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KE TUARAN SABAH | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

TURUN PADANG YB TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KE TUARAN SABAH

TUARAN, SABAH – Timbalan Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan bersama pegawai dari Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan Sabah telah turun padang hari ini meninjau kemajuan Projek Pembaikan Cerun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Sekolah Kebangsaan Pekan Tenghilan, Tuaran, Sabah. 

2. Runtuhan cerun yang berlaku pada tahun 2022 disebabkan oleh  hujan lebat yang berterusan di samping hakisan di tebing sungai akibat paras air sungai naik dan aliran air sungai yang deras amat membahayakan keselamatan murid-murid dan warga sekolah jika ianya tidak ditangani.

3.  Projek bernilai RM1.450 juta adalah milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan  telah dilaksanakan secara Konvesional Dalaman dan tender terbuka. Ianya telah dimulakan pada 9 Februari 2024 dan dijangka siap pada 4 Julai 2025 dengan pencapaian fizikal 85% sehingga kini. 

4. Kontraktor yang terpilih adalah Pemborong Binsilon Sdn. Bhd dan diuruskan oleh  Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) selaku Head of Project Team (HOPT) dan Head of Design Team (HODT) dan diselia oleh Pasukan Projek Khas 2 selaku Pegawai Penguasa.

5.  Antara kerja-kerja di tapak termasuklah pembinaan konkrit capping beam, tiang pagar anti-climb, stone pitching di cascade drain dan kerja-kerja konkrit  (RC Slab). Baki kerja di tapak pula meliputi tambakan rock fill, pembinaan longkang dan cascade drain, pembinaan sump, pemasangan pagar keselamatan anti-climb, pembaikan talang dan pancuran air hujan pada bangunan sedia ada,

6.  Berdasarkan tinjauan hari ini projek kini berjalan mengikut jadual dan tiada isu kritikal yang dilaporkan. Pihak KKR dan KPM menyeru agar Pegawai Penguasa dan Kumpulan Projek dari JKR terus memantau rapi pengurusan dan pelaksanaan projek ini serta memandu kontraktor bagi memastikan projek ini disiapkan mengikut masa, kos dan kualiti yang ditetapkan. Usaha ini sejajar dengan tiga dari enam teras utama Malaysia MADANI iaitu kesejahteraan, ihsan dan kemampanan yang memfokuskan kepada peningkatan kualiti ekosistem pendidikan yang menyokong kepada kecemerlangan dan keselamatan murid dan seluruh warga sekolah.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0