KURSUS PEMANTAPAN PENGUMPULAN DATA KEMALANGAN & PENGISIAN BORANG PDRM (K) 27 – 2025 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KURSUS PEMANTAPAN PENGUMPULAN DATA KEMALANGAN & PENGISIAN BORANG PDRM (K) 27 – 2025

PULAU PINANG - Kursus Pemantapan Pengumpulan Data Kemalangan dan Pengisian Borang PDRM (K) 27 telah diadakan pada 28 hingga 30 Mei 2025 bertempat di Hotel Neo+ Penang, anjuran Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ir. Ts. Mohd Fairuz bin Jamal, Ketua Penolong Setiausaha, Cawangan Keselamatan Jalan Raya, Bahagian Perancang Jalan (BPJ), KKR. Matlamat utama kursus ini adalah untuk:

  • Memperkukuh proses pengumpulan data kemalangan
  • Menambah baik kaedah pengisian Borang PDRM (K) 27
  • Meningkatkan ketepatan dan integriti data kemalangan jalan raya

Penyertaan melibatkan pelbagai agensi berkepentingan seperti Kementerian Kerja Raya (KKR),Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh ACP Dr. Bakri bin Haji Zainal Abidin, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, PDRM, Ir. Siti Nurilam binti Abu Mansor, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, JKR Malaysia & INSP. Aziezi Irwan bin Adnan, INSP. Profil Tinggi / Kajian Kes, JSPT Bukit Aman

Turut menyumbang pengisian ialah pegawai-pegawai dari Cawangan Keselamatan Jalan Raya (CKJR), BPJ, KKR yang memberikan pandangan strategik berkaitan keselamatan jalan raya dan pemantapan sistem data kemalangan.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan ke arah pemantapan pengurusan data kemalangan yang lebih sistematik dan berintegriti. Usaha ini menyokong aspirasi Malaysia MADANI, yang menekankan nilai akauntabiliti, keselamatan, dan kesejahteraan rakyat. 

Melalui pemerkasaan ilmu dan kerjasama rentas agensi, pembangunan infrastruktur jalan raya dapat dirancang dengan lebih holistik, selamat dan inklusif – sejajar dengan visi negara yang progresif dan berdaya tahan.


Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0