MENJELANG ASPIRASI MADANI : SEKOLAH ANGKAT SEBAGAI TAUTAN KASIH ANTARA KKR DAN KOMUNITI | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MENJELANG ASPIRASI MADANI : SEKOLAH ANGKAT SEBAGAI TAUTAN KASIH ANTARA KKR DAN KOMUNITI

PULAU PINANG - Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Sekolah Angkat MADANI Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan pada 30 Mei 2025 di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Sekolah ini telah dipilih sebagai Sekolah Angkat KKR. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim telah membincangkan secara menyeluruh pelaksanaan program ini berdasarkan keperluan sebenar pihak sekolah. 

Tinjauan awal di kawasan sekitar sekolah turut dilaksanakan bagi menilai kemudahan sedia ada serta mengenal pasti keperluan dan potensi penambahbaikan infrastruktur demi manfaat warga sekolah.

Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen KKR dalam mendukung aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan prinsip keprihatinan, kesejahteraan dan kemampanan melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan komuniti pendidikan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0