REQUEST FOR PROPOSAL CADANGAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN (BGKP) BAGI ZON SELATAN | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
Acquisition Type
Tender
Date of Advertisement
Procurement Title

REQUEST FOR PROPOSAL CADANGAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN BANGUNAN GUNASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN (BGKP) BAGI ZON SELATAN

NOMBOR RUJUKAN RFP : UKAS(S).700-5/1/5/4/1(4)

Calling Office

Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, Bilik Tender Aras 4, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran
KerajaanPersekutuan, 62502 Putrajaya

Company Status

Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) 

atau 

Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ)
dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

CIDB Grade
G7
Category

F dan M

Specialization

F01 dan M01 

dan

syarikat G7 yang ingin menyertai perlu menamakan syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang memenuhi syarat-syarat RFP.

*tempoh sah sijil hendaklah melebihi 3 bulan dari tarikh tutup.

Date of Site Visit
On Sale Date
Sale Deadline
Document Price
RM10000.00
Site visit

Taklimat dan lawatan tapak :
Tarikh : 16 Jun 2025 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Wisma Persekutuan Johor Bharu, Johor

Kehadiran bagi sesi taklimat dan lawatan tapak yang dinyatakan di atas adalah MANDATORI untuk semua Syarikat yang berhasrat menyertai tawaran RFP ini. Kegagalan menghadiri taklimat dan lawatan tapak
akan menyebabkan Syarikat tidak layak untuk menyertai pelawaan RFP ini. Wakil Syarikat yang akan hadir hendaklah PENAMA yang diluluskan oleh Syarikat dan PENAMA tersebut adalah disenaraikan dalam PPK, SPKK, CIDB dan/atau UPKJ. Selaras dengan peraturan keselamatan yang telah ditetapkan, setiap wakil Syarikat yang akan menghadiri taklimat dan lawatan tapak perlu membawa bersama-sama salinan kad pengenalan semasa sesi tersebut.

Dokumen wajib perlu dibawa semasa taklimat dan lawatan tapak:
(a) salinan PPK, SPKK, CIDB dan/atau UPKJ;
(b) salinan kad pengenalan; dan
(c) cop rasmi Syarikat

*Hanya penama dalam PPK dan SPKK, CIDB atau UPKJ yang dibenarkan untuk menyertai taklimat dan lawatan tapak. Syarikat tidak
boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama- penama di dalam Sijil-sijil berkenaan.

TARIKH DAN WAKTU PENJUALAN DOKUMEN RFP
Tarikh pembelian dokumen RFP adalah pada:
Isnin – Khamis
25 Jun 2025 hingga 2 Julai 2025 
9.00 pagi – 12.30 tengah hari 2.30 petang – 4.00 petang 
Jumaat 
9.00 pagi – 12.00  tengah hari 3.00 petang – 4.00 petang
(tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum)
Tempat:
Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, Aras 2,
Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya
Dokumen wajib dibawa bagi urusan pembelian dokumen RFP:
(a) Borang Pembelian Dokumen RFP;
(b) surat wakil Syarikat;
(c) salinan slip kehadiran sesi taklimat perolehan;
(d) cop rasmi Syarikat; dan
(e) draf bank / banker’s cheque pembelian dokumen RFP.
*Pembelian dokumen RFP ini hanya ditawarkan kepada Syarikat yang telah menghadiri taklimat dan lawatan tapak seperti yang ditetapkan dan mengemukakan slip kehadiran taklimat dan lawatan tapak semasa pembelian dokumen RFP.

HARGA DOKUMEN RFP
Harga dokumen RFP:
RM10,000.00* (Sepuluh Ribu Ringgit sahaja) dalam bentuk draf bank / banker’s cheque di atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-JPM-T

* Syarikat sila ambil maklum bahawa pembayaran bagi pembelian dokumen RFP ini tidak akan dikembalikan dalam apa jua keadaan termasuk jika Syarikat berhasrat untuk tidak meneruskan penyertaan pada mana-mana proses selanjutnya.

TARIKH TUTUP PENYERAHAN DOKUMEN RFP
23 Julai 2025 (Rabu)
Waktu akhir serahan: 12.00 tengah hari
Tempat: Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, Bilik Tender Aras 4, Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya

PENYERAHAN DOKUMEN BIDAAN RFP
1. Dokumen bidaan RFP yang telah lengkap perlu diserahkan dalam bentuk salinan keras (hard copy) dan salinan digital (soft copy) seperti berikut:
a. 1 salinan keras set asal cadangan bidaan yang mengandungi nama Syarikat, ditanda dengan jelas sebagai "ORIGINAL";
b. 5 salinan keras set cadangan bidaan TANPA nama Syarikat, ditandakan dengan jelas sebagai "COPY";
c. 1 USB Flash Drive yang mengandungi salinan digital set asal cadangan bidaan yang mengandungi nama Syarikat, ditanda dengan jelas sebagai "ORIGINAL"; dan
d. 1 USB Flash Drive yang mengandungi salinan digital set cadangan bidaan tanpa nama Syarikat, ditandakan dengan jelas sebagai "COPY".
2. Kedua-dua USB Flash Drive ini hendaklah diserahkan dalam satu sampul berasingan dan dilabel dengan jelas sebagai “SOFT COPY” di bahagian atas kiri sampul.
3. Penyerahan dokumen bidaan yang lengkap diisi hendaklah dihantar secara serahan tangan ke Peti RFP di alamat berikut:

Urusetia RFP BGKP Zon Selatan
Unit Kerjasama Awam Swasta,
Jabatan Perdana Menteri
Aras 4, Bilik Tender,
Setia Perdana 2, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

4. Dokumen bidaan yang dihantar lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan (seperti dinyatakan dalam dokumen RFP) akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan. Kerajaan tidak akan bertanggungan ke atas apa-apa kos dan perbelanjaan yang dibuat oleh Syarikat dalam
menyertai RFP ini. Kerajaan juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui pos atau kurier.

Closing date