MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN ISU-ISU TANAH KONSESI LEBUH RAYA KKR | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN ISU-ISU TANAH KONSESI LEBUH RAYA KKR

 GENTING HIGHLAND, PAHANG - Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Isu-Isu Tanah Konsesi Lebuh Raya Kementerian Kerja Raya (KKR) Bil. 2/2025 telah berlangsung di Scapes Hotel, Genting Highlands, Pahang.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR, dan dihadiri oleh Ir. Mohd. Hadzmir bin Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) LLM, pegawai kanan KKR, wakil Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Kementerian Ekonomi, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan dan Negeri Selangor, serta wakil-wakil syarikat konsesi lebuh raya.

Mesyuarat ini berperanan sebagai platform pemantauan berterusan dalam pengurusan hal ehwal tanah konsesi lebuh raya, bagi memastikan segala isu dapat ditangani secara sistematik, ditambah baik serta diselaraskan antara agensi kerajaan dan syarikat konsesi.

Penganjuran mesyuarat ini melibatkan kerjasama antara KKR, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Urus Setia bersama AFA PRIME Berhad.

Pelaksanaan mesyuarat ini sejajar dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan nilai-nilai tadbir urus baik, keterangkuman dan kesejahteraan rakyat. Melalui kerjasama strategik antara pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta, KKR komited untuk memastikan isu-isu berkaitan tanah lebuh raya ditangani secara efisien demi kelangsungan pembangunan infrastruktur negara yang mampan dan berimpak tinggi kepada rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0