KERJA AWALAN MENAIKTARAF JALAN DARI PERSIMPANGAN BORR (SEK.765) KE PERMATANG PAK ELONG (SEK.773) (FT001) SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG (REKABENTUK &
PENGAMBILAN TANAH)
CAWANGAN JALAN
KOD BIDANG
330101 (KEJ. AWAM)
330102 (KEJ. STRUKTUR)
1- BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN DAN BERDAFTAR DI BAWAH KOD BIDANG YANG DITETAPKAN; DAN
2- TEMPOH PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MASIH BERKUAT KUASA.
Maklumat Taklimat Tender dan Lawatan Tapak
Kehadiran Taklimat Tender dan Lawatan Tapak DIWAJIBKAN bagi petender yang telah melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas.
Maklumat berkaitan Taklimat Tender dan Lawatan Tapak akan dimaklumkan oleh Pejabat Membuat Tender kepada petender yang telah melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas sebelum tarikh Taklimat Tender dan Lawatan Tapak.
Taklimat Tender dan Lawatan Tapak akan diadakan di JKR Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pada 04 Jun 2025 jam 10.00 pagi.
Hanya Pemilik Syarikat/Prinsipal atau Penama/Rakan Kongsi yang didaftarkan dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Sahaja yang dibenarkan hadir. Sila bawa bersama dokumen asal Sijil Pendaftaran Kewangan , Sijil Pendaftaran Lembaga Jurutera Malaysia dan Cop Syarikat Beralamat semasa Taklimat Tender.
Tatacara Penyertaan Tender
1) Petender WAJIB mengisi BORANG MAKLUMAT ASAS di pautan yang diberikan di bawah bermula dari 23 Mei 2025 sehingga 30 Mei 2025
sebelum jam 12.00 tengah hari. Bagi sesi pengisian Borang Maklumat Asas tersebut, hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran
Kementerian Kewangan Malaysia sahaja dibenarkan mendaftar. Borang Maklumat Asas yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
2) Hanya petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas dan menghadiri sesi Taklimat Tender serta Lawatan Tapak) akan menerima emel bagi pengedaran dokumen pelawaan. Dokumen Pelawaan akan diedarkan bermula pada 30 Mei 2025.
3) Petender yang layak perlu memuat turun Dokumen Pelawaan seperti yang tercatat di dalam emel tersebut.
4) Dokumen Pelawaan yang diberikan adalah PERCUMA.
Daftar disini (Borang Maklumat Asas): https://forms.gle/HhraJCxsun4wnckaA
Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Pelawaan terbuka di Unit Tawaran Pusat, Cawangan
Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan
Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur seperti alamat di atas tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari pada 26 Jun 2025. Dokumen Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.