PEMANTAUAN RAPI DAN BERTERUSAN BAGI MENYEGERAKAN PELAKSANAAN PROJEK INFRA RAKYAT
KOTA KINABALU - YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek Pembinaan Infra Rakyat Kementerian Pelanggan Bilangan 2 Tahun 2025.
Mesyuarat berkala ini dilakukan bagi memastikan projek pembangunan fizikal dipantau secara rapi dan berterusan selari dengan hala tuju Kementerian Kerja Raya (KKR) 2025 ke arah projek tanpa EOT (Extension of Time), mensifarkan projek sakit seperti gesaan YAB Perdana Menteri bagi menyegerakan pembinaan infra rakyat.
Bagi tahun 2025 setakat 30 April 2025, sebanyak 2,463 projek fizikal pembinaan dengan kos projek bernilai RM116.78 bilion telah diamanahkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku agensi teknikal negara.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,182 projek atau 48% berada di peringkat pra-pembinaan, manakala 855 projek atau 35% dalam fasa pembinaan.
Selebihnya adalah projek berstatus kerja awalan dan projek siap (termasuk yang dalam kategori DLP - Tempoh Tanggungan Kecacatan).
- Log in to post comments