KEMENTERIAN KERJA RAYA SERTAI PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 DI TAWAU SABAH
SABAH - Program Madani Rakyat 2025 Sabah telah diadakan pada 9 - 11 Mei 2025 dan disempurnakan perasmian penutup oleh YAB. Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Dataran Majlis Perbandaran Tawau.
Reruai Kementerian Kerja Raya meriah dengan kehadiran pengunjung yang tidak melepaskan peluang mendapatkan informasi terkini berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh KKR serta agensi dibawah naungan. Turut diadakan kuiz kahoot pada sesi pagi dan petang sepanjang 3 hari di sana disamping sesi cabutan bertuah kepada para pengunjung yang hadir ke reruai KKR.
Reruai Kementerian Kerja Raya juga dikunjungi oleh YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan beliau meluangkan masa menyantuni para petugas pada kali ini dan turut mengucapkan tahniah kepada semua petugas yang memberi komitmen bagi menjayakan PMR 2025 Sabah.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pengunjung yang hadir ke reruai KKR sepanjang program ini berlangsung, orang Sabah memang TERBAIK!
- Log in to post comments