MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MULTI STOREY BLOCK HOSPITAL SEBERANG JAYA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MULTI STOREY BLOCK HOSPITAL SEBERANG JAYA

SEBERANG JAYA, 2 MEI 2025 - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi hadir ke Majlis Penyerahan Projek Multi Storey Block Hospital Seberang Jaya yang turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan, YB. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Hadir sama ialah YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia bersama YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan, Kementerian Kerja Raya.

Dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), projek yang menelan kos RM371 juta ini dapat meningkatkan kapasiti hospital sebanyak 77% melalui penambahan 316 katil baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 729 katil.

Dilaksanakan menggunakan kaedah konvensional perunding dan mematuhi Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan skor melebihi 70%, blok tambahan baru ini turut merangkumi pelbagai kemudahan moden seperti sistem rawatan kumbahan, pengurusan sisa klinikal, serta sistem bekalan air yang lengkap.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0