MENTERI KERJA TURUN PADANG TINJAU PROJEK SEHALA DI TAPAH | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MENTERI KERJA TURUN PADANG TINJAU PROJEK SEHALA DI TAPAH

TAPAH, 1 MEI 2025 -  Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi turun padang meninjau perkembangan Projek Jalan Sehala di Tapah dalam siri lawatan kerja beliau ke zon utara.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan Kementerian Kerja Raya.

Status kerja bagi projek ini telah mencapai 97 peratus dan ianya dapat menyuraikan aliran trafik yang sesak di pekan Tapah.

Terdahulu YB. Menteri telah diberi taklimat mengenai perkembangan projek tersebut oleh Jurutera Daerah, YBrs. Ir. Ilanchelvan a/l Polanippan di pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Batang Padang.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0