MESYUARAT JAWATAKUASA PEMANDU PELAKSANAAN LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH
KOTA KINABALU, SABAH - YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah mempengerusikan Mesyuarat JK Pemandu Pelaksanaan LPB Sabah dengan semua Pemegang Taruh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kementerian Kerja Raya Sabah dan Jabatan Kerja Raya.
Mesyuarat Bulanan turut menghimpunkan wakil-wakil dari Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Agensi Kerajaan Negeri Sabah yang berkaitan bagi membincangkan mengenai perjalanan dan pencapaian pelaksanaan projek, cabaran dan masalah yang dihadapi seperti pemilikan tapak, pampasan bayaran tanah dan pembayaran, serta cadangan solusi yg dipertimbangkan bagi memastikan LPB Sabah dilaksanakan mengikut spesifikasi kualiti, masa dan kos.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments