YB MENTERI TURUN PADANG PANTAU SYARIKAT KONSESI
AYER KEROH, 26 MAC 2025 - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi membuat lawatan kerja ke pejabat operasi Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd, syarikat konsesi yang menyelenggara jalan persekutuan di zon selatan.
Hadir sama ialah YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan KKR. YB. Menteri dan delegasi telah diberi taklimat mengenai organisasi dan operasi secara menyeluruh.
Menteri Kerja Raya dalam sidang media yang diadakan turut mengumumkan keputusan kabinet yang bersetuju untuk memberi diskaun tol 50% dari kadar tol biasa selama dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.
Pemberian diskaun tol ini akan dilaksanakan bermula dari jam 12.01 tengah malam 28 Mac 2025 (Jumaat) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam 29 Mac 2025 (Sabtu).
- Log in to post comments