PEMBAIKAN CERUN RUNTUH BAGI RAKYAT SABAH | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PEMBAIKAN CERUN RUNTUH BAGI RAKYAT SABAH

SABAH, 23 MAC 2025 - Keselamatan dan Keselesaan Pengguna Jalan Persekutuan di bawah Penyenggaraan Kementerian Kerja Raya amat di ambil berat dan dipantau dengan telilti oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Ketua Setiausaha KKR, YBhg Dato' Seri Azman bin Ibrahim telah melakukan tinjauan kerja ke lokasi Cerun Runtuh Di FT500 CH142.050 (KM152.05), Jalan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom, Sabah yang berlaku pada 8 Mac 2025 baru-baru ini di mana laluan tersebut telah ditutup kepada semua jenis kenderaan sebelum ini dan telah dibuka kembali 5 hari selepas itu. 

Cerun runtuh berkenaan yang telah menyebabkan kira-kira2 meter lebar jalan berturap termasuk 5 meter bahu jalan runtuh sepenuhnya. Panjang jalan yang terlibat adalah sepanjang 300m.

Turut hadir dalam tinjauan tersebut, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Setiausaha Bahagian Pengurusan Fasiliti, YBrs. Cik Helena Remeo, Ketua Seksyen Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Encik Muhamad Shahril bin Othman, Pengarah JKR Sabah, Datuk Philemon Lajawai, Wakil Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia, Wakil CIDB dan Wakil Syarikat Konsesi Penyenggaraan Jalan Persekutuan  Sabah, Lintasan Resources Sdn Bhd.

Pihak KKR berharap jalan dan cerun dibaikpulih dengan kadar segera agar dapat memberi keselesaan kepada penduduk di daerah Tenom, Keningau dan lain-lain daerah berdekatan untuk membuat persiapan dan menyambut aidil fitri tidak lama lagi.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0