PROGRAM MINGGU WANITA KEMENTERIAN KERJA RAYA TAHUN 2025
KUALA LUMPUR, 11-14 MAC 2025 – Bersempena Minggu Wanita Antarabangsa Tahun 2025, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Program Minggu Wanita Kementerian Kerja Raya Tahun 2025 pada 11 hingga 14 Mac 2025 (Selasa-Jumaat) bertempat di Kompleks Kerja Raya.
1. Program Borak Santai: Pimpinan Beraura, Menjulang Suara oleh Puan Zainora Zainal, Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB);
2. Program Health101: Penjagaan Kesihatan Wanita Berkerjaya oleh Dr. Malar Santhi, Pakar Perubatan dan pempengaruh media sosial;
3. Jenaka atau Jenayah? Polemik Jenayah Seksual di Pejabat oleh ACP Wong Pooi Li, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita & Kanak-Kanak, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman;
4. Program GlamTouch: Teknik Keterampilan Diri oleh Puan Rina Baha, Perunding Imej daripada Rina Baha World; dan
5. Program Dapur Berasap: Menu Mesra Minggu Wanita Berkerjaya oleh Chef Asmawati (turut dikenali sebagai Sifu Kuih Talam).
Penganjuran program ini adalah sebahagian komitmen Kementerian bagi menyokong Dasar Wanita Negara 2025-2030, sebagai usaha memperkukuhkan peranan wanita dalam pembangunan negara. Program latihan merangkumi pelbagai topik seperti kesihatan, kepimpinan, keselamatan serta kesejahteraan wanita berkerjaya telah berlangsung sepanjang minggu tersebut, melibatkan 250 warga Kementerian dan agensi secara fizikal dan dalam talian.
Selamat Hari Wanita Antarabangsa Tahun 2025, Wanita Berinspirasi Membina Legasi.
- Log in to post comments