PROJEK PEMBANGUNAN KOMPLEKS PENYIMPANAN EKSHIBIT, WILAYAH TENGAH KPDN SELANGOR DI LOT 38343, MUKIM PETALING, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
BUMIPUTERA
T1
B
B01 & B04
SIJIL-SIJIL LAIN
- PETENDER WAJIB MENGEMUKAKAN ATAU MEMUAT NAIK SIJIL PEMATUHAN CUKAI (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE - TCC) DARIPADA LHDN BERSAMA-SAMA DOKUMEN TENDER SEMASA MENGEMUKAKAN TAWARAN SECARA DALAM TALIAN SEPERTIMANA KAEDAH PENYERAHAN TAWARAN TENDER YANG DITETAPKAN.
WAJIB
MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 26/03/2025
MASA LAWATAN: 08:30 AM
LOKASI LAWATAN: LOT 38343 MUKIM PETALING. WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 26/03/2025
MASA TAKLIMAT: 08:30 AM
LOKASI TAKLIMAT: Lot 38343 Mukim Petaling. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
| MAKLUMAT DOKUMEN | ||
| HARGA | RM 500 | |
| MAKLUMAT BAYARAN | BILLER CODE:KKR 177501 NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA REF 1: JKR/CKUB/23527/2025 Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN. PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER. | |
| TARIKH MULA DIJUAL | 09/04/2025 | |
| TARIKH AKHIR DIJUAL | 14/04/2025 | |
| TEMPAT DIJUAL | SECARA DALAM TALIAN MELALUI SISTEM JKR E-TENDER (JET) HTTPS://TENDER.JKR.GOV.MY | |
| WAKTU TUTUP JUAL TENDER | 05:00 PM | |
| TEMPAT DITUTUP | SECARA DALAM TALIAN MELALUI SISTEM JKR E-TENDER (JET) HTTPS://TENDER.JKR.GOV.MY | |
| TARIKH TENDER DITUTUP | 06/05/2025 | |
| WAKTU TENDER DITUTUP | 12:00 PM | |
| NOTA | JKR E-TENDERING (SISTEM JET) : Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET. a) Petender yang berminat menyertai tender ini hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan. b) Hanya petender berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal Sistem JET. c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender. d) Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi secara dalam talian melalui Sistem Jet. TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK : a) Taklimat & Lawatan tapak adalah WAJIB bagi semua petender. Permohonan menghadiri lawatan tapak hendaklah dibuat melalui Sistem JKR E-Tender (JET). Hanya petender yang mendapat pengesahan kehadiran daripada Pejabat Mengurus Tender (PMT) sahaja dibenarkan untuk hadir ke lawatan tapak tersebut. b) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan. c) Bagi Taklimat dan Lawatan Tapak yang diwajibkan, hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil PPK, SPKK, PUKONSA, UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam Sijil STB, PPK, SPKK, PUKONSA, UPKJ. d) Tidak dibenarkan memohon kebenaran khas CIDB untuk gred dan Pengkhususan dalam bidang yang telah ditetapkan PEMBELIAN DOKUMEN TENDER : a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Sijil Taraf Bumiputera (STB), Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB atau Sijil UPKJ atau Sijil PUKONSA; dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender. b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. c) Petender yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan akan menerima e-mel pemakluman bagi pengesahan pembelian Dokumen Tender dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan boleh memuat turun Dokumen Tender secara salinan lembut (softcopy) melalui Sistem JET. PERINGATAN : Pejabat Mengurus Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan e-mel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun. | |