MAJLIS IFTAR SATU PEMIMPIN SATU KAMPUNG (SANTUNI MADANI) KEMENTERIAN KERJA RAYA TAHUN 2025 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MAJLIS IFTAR SATU PEMIMPIN SATU KAMPUNG (SANTUNI MADANI) KEMENTERIAN KERJA RAYA TAHUN 2025

BUKIT MERTAJAM , 18 MAC 2025 - Sempena Majlis Iftar Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) Kementerian Kerja Raya Tahun 2025, Ketua Setiausaha, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim hadir menyampaikan Sumbangan Aidilfitri Santuni Madani yang diadakan di Masjid Jamek Kubang Semang. Hadir sama ialah YBhg. Datin Seri Rosmawati Hassan, Pengerusi Puspanita Cawangan Kementerian Kerja Raya.  

Terdahulu YBhg. Dato' Seri KSU bersama isteri turut menziarah ke beberapa rumah penerima yang sakit dan warga emas bagi menyampaikan sumbangan yang sama. Dalam ucapan yang disampaikan, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program ini iaitu di pihak Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, CIDB, Puspanita Cawangan KKR dan syarikat konsesi THB Maintenance Sdn. Bhd. 

Santuni Madani merupakan satu kaedah meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung serta libat urus bagi mengenalpasti masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk di kampung tersebut. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0