MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KEMENTERIAN KERJA RAYA BILANGAN 1 TAHUN 2025 DAN MAJLIS PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN WAKIL PIHAK PEKERJA MBJ KKR SESI 2025-2026 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KEMENTERIAN KERJA RAYA BILANGAN 1 TAHUN 2025 DAN MAJLIS PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN WAKIL PIHAK PEKERJA MBJ KKR SESI 2025-2026

KUALA LUMPUR, 17 MAC 2025 – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Kementerian Kerja Raya (MBJ KKR) Bilangan 1 bagi Tahun 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Tanjung, Kompleks Kerja Raya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KKR dan YBhg. Dato' Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), KKR. 

Mesyuarat MBJ KKR ini merupakan platform perbincangan dua hala antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja bagi memperoleh faedah dan penambahbaikan dari segi kepuasan bekerja, peningkatan produktiviti dan sebagainya. 

Mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam ini juga melibatkan Majlis Penyerahan Surat Pelantikan kepada Wakil Pihak Pekerja MBJ KKR yang baharu bagi sesi 2025/2026. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0