KETUA SETIAUSAHA KKR LAWATAN KERJA RASMI KE NEGERI PULAU PINANG DAN KEDAH | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KETUA SETIAUSAHA KKR LAWATAN KERJA RASMI KE NEGERI PULAU PINANG DAN KEDAH

GEORGETOWN, 22 FEBRUARI 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim turun padang mengadakan lawatan kerja rasmi ke negeri Pulau Pinang dan Kedah selama dua hari dan lokasi pertama yang beliau lawati ialah tapak Projek Menaik Taraf Bangunan Uzur JKR/KKR dengan Meroboh Dan Bina Baru 4 Blok Kuarters Kelas H (5 tingkat 10 Unit).  

Mengiringi Dato' Seri KSU ditapak ialah Pengarah Kerja Raya Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato' Ir. Ahmad Nadzri Abdul Majid. Taklimat berkenaan projek disampaikan oleh Ybrs. Tuan Ir. Ts. Mohd Khairulnizam Mohhmed Haasan, Jurutera Daerah Timur Laut.  

Dato' Seri KSU turut memberi teguran kepada pihak kontraktor supaya konsisten untuk menyiapkan projek yang pada masa ini berada di belakang jadual kerja yang telah dirancang. Sebelum meneruskan perjalanan ke negeri Kedah, beliau turut melawat ke lokasi Projek Hospital Seberang Jaya yang kini dalam fasa kerja-kerja membaiki kecacatan. 

 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0