KUNJUNG HORMAT KSU KKR KE PETRONAS | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KUNJUNG HORMAT KSU KKR KE PETRONAS

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARI 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim membuat kunjungan hormat kepada Naib Presiden Kumpulan Pelaksanaan Projek, Project Delivery & Technology (PD&T) Petronas, YBrs. Tuan Ir. Shah Rizal Dahlan. 

Kunjungan yang diadakan di Menara 3 KLCC itu turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan KKR. 

Dato' Seri KSU meluangkan masa mendengar taklimat mengenai Pusat Kawalan Projek dan turut berpeluang meninjau sendiri perjalanan operasi di pusat tersebut. 

Lawatan diteruskan ke Upstream Experience Centre (UpX) Petronas di Menara 2 dan turut dibawa ke 'Skybridge' di aras 42 iaitu jambatan gantung dua tingkat yang menghubungkan Menara 1 dan Menara 2 sebelum diakhiri dengan tinjauan ke 'Observation Deck' di aras 86. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0