PERASMIAN PROGRAM KOLABORASI STRATEGIK KERJA RAYA MALAYSIA 2025
SANTUBONG, 12 FEBRUARI 2025 - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia telah menghadiri dan seterusnya merasmikan Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2025 yang telah diadakan di Damai Lagoon Resort, Kuching Sarawak. Program 3 hari ini yang menggabungkan Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai pembuat dasar dan semua agensi teknikal negara yang terdiri dari JKR Malaysia, JKR Sarawak, JKR Sabah dan CIDB Malaysia bertujuan meningkatkan persefahaman dan kolaborasi strategik semua entiti pemegang taruh kerja raya malaysia dalam membangun dan menyenggara infrastruktur dan industri pembinaan negara.
Seramai 147 pegawai telah terlibat dalam program julung-julung kalinya dianjurkan oleh JKR Sarawak telah turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Ir Ariel Lariwo, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Dato' Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KKR, Ketua Pengarah JKR Malaysia, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia dan Pengarah JKR Negeri Sarawak.
- Log in to post comments