DELEGASI KEMENTERIAN KERJA RAYA KUNJUNG HORMAT TIMBALAN PREMIER SARAWAK | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

DELEGASI KEMENTERIAN KERJA RAYA KUNJUNG HORMAT TIMBALAN PREMIER SARAWAK

KUCHING, 11 FEBRUARI 2025 - Delegasi daripada Kementerian Kerja Raya meneruskan sesi kunjungan hormat kepada Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Aras 20 Wisma Bapa Malaysia. 

Delegasi yang diketuai oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi juga berpeluang mengadakan perbincangan dua hala antara kedua belah pihak. 

Terdahulu turut diadakan upacara ringkas sesi penyerahan cek bantuan banjir daripada Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) kepada Sarawak Disaster Management Committee (SDMC) berjumlah RM 50,000 yang diserahkan oleh Presiden PKBM, YBhg. Datuk Azman Yusoff. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0