KEMENTERIAN KERJA RAYA DI HARI TERBUKA PUTRAJAYA 2025 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KEMENTERIAN KERJA RAYA DI HARI TERBUKA PUTRAJAYA 2025

PUTRAJAYA, 9 FEBRUARI 2025 – Kementerian Kerja Raya bersama Agensi sertai membuka reruai di Hari Terbuka Putrajaya 2025. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah disediakan untuk pengunjung yang hadir di reruai KKR seperti sesi Kahoot, simulasi kimpalan dan pelbagai lagi.  
 
Hari Terbuka Putrajaya ini berlangsung dari 6 hingga 9 Februari 2025 yang berlansung di Dataran Putrajaya. Program ini dirasmikan oleh YB. Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).  Tidak ketinggalan juga, YB. Dr. Zaliha berkesempatan hadir ke reruai KKR. Selain itu, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara juga singgah ke reruai.  
 
Untuk makluman, reruai KKR juga telah mendapat tempat saguhati dalam kategori reruai terbaik untuk Hari Terbuka Putrajaya kali ini. Reruai KKR menerima sambutan meriah lebih 2,000 pengunjung sepanjang program ini berlangsung.  
 
Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir turut hadir menyantuni warga kerja raya yang bertugas disamping turut meluangkan masa membantu di reruai.  
 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0