MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH KEPADA YBHG. DATO' ZAINAL ALHAKAB BIN SEMAN
KUALA LUMPUR, 3 JANUARI 2025 - Majlis Penyerahan Watikah kepada YBhg. Dato' Zainal Alhakab Bin Seman yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan KKR yang baharu serta kepada YBhg. Dato' Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir yang kini memegang portfolio selaku Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan KKR menggantikan YBhg. Datuk Zahrul Hakim Abdullah yang bertukar ke Kementerian Kesihatan Malaysia.
Watikah telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim. Terdahulu YBhg. Dato' Zainal turut mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Kerja Raya, YB. Dato Seri Alexander Nanta Linggi dipejabatnya.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments