KSU Beri Tempoh 2 Minggu Kepada Kontraktor Baiki Kerosakan
Kuala Lumpur, 4 Disember 2024 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim meninjau sendiri kerosakan yang berlaku di Bangunan Institut Urologi Dan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur. Antara masalah utama yang berlaku ialah percambahan kulat akibat daripada kebocoran air yang berlaku dan beberapa isu lain yang diadukan oleh pihak HKL selaku pelanggan.
YBhg. Dato' Seri KSU telah mengarahkan pihak kontraktor mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang berlaku dan beliau juga mengarahkan pemantauan teliti dilaksanakan oleh pihak JKR bagi mengelakkan isu sama berulang. Untuk rekod, bangunan ini disiapkan pada Ogos 2023 dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 25 September 2023.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments