SISTEM KELENGKAPAN SASARAN MENEMBAK TERTUTUP UNTUK PEMBINAAN IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN PULAU PINANG | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
Acquisition Type
Tender
Date of Advertisement
Procurement Title

SISTEM KELENGKAPAN SASARAN MENEMBAK TERTUTUP UNTUK PEMBINAAN IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN PULAU PINANG

Calling Office

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

Company Status

TERBUKA

T1

CIDB Grade
G5 DAN KEATAS
Category

ME

Specialization

M24

Date of Site Visit
On Sale Date
Sale Deadline
Document Price
RM100.00
Site visit

WAJIB

MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 05/12/2024
MASA LAWATAN: 09:30 AM
LOKASI LAWATAN: BILIK DELIMA 4, TINGKAT 1, MENARA KERJA RAYA (BLOK G), JALAN SULTAN SALAHUDDIN, KUALA LUMPUR

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 05/12/2024
MASA TAKLIMAT: 09:30 AM
LOKASI TAKLIMAT: BILIK DELIMA 4, TINGKAT 1, MENARA KERJA RAYA (BLOK G), JALAN SULTAN SALAHUDDIN, KUALA LUMPUR

MAKLUMAT DOKUMEN 
HARGARM 100
MAKLUMAT BAYARANBILLER CODE:KKR 177501
NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA
REF 1: JKR/CKM/42/10/2024
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.
TARIKH MULA DIJUAL06/12/2024
TARIKH AKHIR DIJUAL16/12/2024
TEMPAT DIJUALATAS TALIAN
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPATAS TALIAN
TARIKH TENDER DITUTUP09/01/2025
WAKTU TENDER DITUTUP12:00 PM
NOTA1. Tiada lawatan tapak untuk tender ini.

2. Taklimat Tender adalah secara FIZIKAL serta DIWAJIBKAN. Bagi sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK,SPKK,PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ
Bagi sesi taklimat tender, Petender diwajibkan membawa:
i. Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor CIDB (PPK)
ii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan CIDB (SPKK)
iii. Sijil Pematuhan Cukai (TCC) yang masih SAH sehingga tamat tempoh sah laku dan mempunyai status PATUH.

3. Dokumen Meja Tender dan Dokumen Tender boleh dicapai melalui Sistem JET yang telah diberikan oleh Pegawai Memanggil Tender (PMT)

4. Petender hendaklah membuat pembayaran menggunakan JOMPAY bagi pembelian Dokumen Tender dalam tempoh yang telah ditetapkan. Petender perlu memuat naik bukti transaksi melalui Sistem JET kepada PMT

5. Sebarang Kebenaran Khas TIDAK dibenarkan.

6. Dokumen tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

7. Bayaran Deposit untuk SECURITY DRAWING / SECURITY DOCUMENT:

a) Bayaran deposit hendaklah dibayar dalam tempoh penjualan dokumen tender. Maklumat bayaran adalah seperti berikut:
i) Bayaran deposit sebanyak RM5,000.00
ii) Dibayar dalam bentuk draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau kiriman wang
iii) Dibayar atas nama Akauntan Negara Malaysia-KKR-T.

b) Wang tunai atau cek tidak boleh diterima.

c) Kontraktor perlu mengemukakan salinan Asli deposit ke pejabat Cawangan Pengurusan Perolehan Dan Harta (CPPH), Kementerian Kerja Raya (KKR), Tingkat Bawah, Blok A, Kompleks Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur dalam tempoh penjualan dokumen tender.

d) Resit penerimaan deposit yang diterima daripada CPPH, KKR perlu dimuat naik oleh kontraktor ke dalam sistem dalam tempoh penjualan dokumen tender bagi membolehkan petender memuat turun dokumen tender.

e)Kerajaan tidak akan bertanggungjawab sekiranya petender tidak membuat bayaran dokumen seperti yang ditetapkan.

f)Deposit ini akan dikembalikan apabila petender mengemukakan Borang Aku Janji Kontraktor (dilampirkan bersama dokumen tender – Lampiran F) bahawa petender hanya memuat turun dan tidak mencetak atau mengedarkan lukisan dan dokumen tersebut dalam apa bentuk jua sekalipun.


PERINGATAN:
Pejabat Mengeluarkan Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.
Closing date