Date of Advertisement
Procurement Title
PEMBANGUNAN JPJ CAWANGAN KAJANG
Calling Office
CAWANGAN KONTRAK & UKUR BAHAN (BAHAGIAN BANGUNAN AM 2), IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
Company Status
TERBUKA
CIDB Grade
G7
Category
B
Specialization
B01 & B04
Date of Site Visit
On Sale Date
Sale Deadline
Document Price
RM500.00
Site visit
| MAKLUMAT DOKUMEN | ||
| HARGA | RM 500 | |
| MAKLUMAT BAYARAN | 177501 | |
| TARIKH MULA DIJUAL | 27/11/2024 | |
| TARIKH AKHIR DIJUAL | 02/12/2024 | |
| TEMPAT DIJUAL | SECARA DALAM TALIAN (HTTPS://TENDER.JKR.GOV.MY) | |
| WAKTU TUTUP JUAL TENDER | 05:00 PM | |
| TEMPAT DITUTUP | SECARA DALAM TALIAN (HTTPS://TENDER.JKR.GOV.MY) | |
| TARIKH TENDER DITUTUP | 24/12/2024 | |
| WAKTU TENDER DITUTUP | 12:00 PM | |
| NOTA | Tidak dibenarkan memohon kebenaran khas CIDB untuk gred dan Pengkhususan dalam bidang yang telah ditetapkan JKR E-TENDERING (SISTEM JET) : Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET. a) Petender yang berminat menyertai tender ini hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna (kontraktor) hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan. b) Hanya petender berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal Sistem JET. c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan kata laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender. d) Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi secara dalam talian melalui Sistem Jet. TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK : a) Taklimat & Lawatan tapak adalah WAJIB bagi semua petender. Permohonan menghadiri lawatan tapak hendaklah dibuat melalui Sistem JKR E-Tender (JET). Hanya petender yang mendapat pengesahan kehadiran daripada Pejabat Mengurus Tender (PMT) sahaja dibenarkan untuk hadir ke lawatan tapak tersebut. b) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender & lawatan tapak dijalankan. c) Bagi Taklimat dan Lawatan Tapak yang diwajibkan, hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil PPK, SPKK, PUKONSA, UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam Sijil PPK, SPKK, PUKONSA, UPKJ. PEMBELIAN DOKUMEN TENDER : a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuatnaik salinan (dalam format *pdf) Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan CIDB atau Sijil UPKJ atau Sijil PUKONSA; dan bukti pembayaran (Slip JomPAY) bagi tujuan pembelian dokumen tender. b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya petender gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. c) Petender yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan akan menerima e-mel pemakluman bagi pengesahan pembelian Dokumen Tender dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan boleh memuat turun Dokumen Tender secara salinan lembut (softcopy) melalui Sistem JET. PERINGATAN : Pejabat Mengurus Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan e-mel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun. | |