Pelancaran Sistem CIDBH - iENTRY: Memantapkan Pengurusan Pekerja Asing Berkemahiran Dalam Sektor Pembinaan | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

Pelancaran Sistem CIDBH - iENTRY: Memantapkan Pengurusan Pekerja Asing Berkemahiran Dalam Sektor Pembinaan

Kuala Lumpur, 14 Oktober 2024 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini melalui anak syarikatknya CIDB Holdings Sdn. Bhd. telah melancarkan Sistem CIDBH - iENTRY, sebuah inisiatif bersepadu yang bertujuan untuk meningkatkan pengurusan pekerja asing dalam industri pembinaan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.

Sistem CIDBH - iENTRY bertujuan memperkenalkan penggunaan sistem bersepadu dalam memastikan pematuhan undang-undang berkaitan kebajikan dan keselamatan pekerja asing berkemahiran. la juga memudahkan majikan dalam mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520), Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Antara ciri utama sistem ini adalah:

• Menguruskan Pendaftaran pekerja asing melalui sistem biometrik selepas mereka menerima Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) di negara sumber yang diperakui serta disahkan olen CIDB; dan 

• Pemantauan kebajikan pekerja asing secara holistik, termasuk pengurusan penginapan mereka melalui sistem yang bersepadu.

Sistem ini turut selari dengan penguatkuasaan kerajaan yang mewajibkan pekerja asing sektor binaan mendapatkan Persijilan di Negara Sumber (SKKP) berserta Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (eSICW) bagi Pekerja Binaan secara atas talian, yang akan dikuatkuasakan mulai Januari 2025. Dengan pelaksanaan Sistem CIDBH - iENTRY, pemantauan pekerja asing dan pematuhan perundangan akan menjadi lebih efektif, sekali gus memastikan kesejahteraan dan keselamatan pekerja asing terjamin. Di samping itu, sistem ini turut membantu kerajaan menangani isu pekerja asing yang tidak bertauliah, dengan memastikan hanya pekerja yang memiliki persijilan yang sah dibenarkan bekerja di tapak bina. Langkah ini juga akan mengurangkan risiko keselamatan di tapak pembinaan.

Mengikut rekod CIDB seramai 465,591 ribu pekerja asing pembinaan yang berdaftar dengan CID di seluruh negara sehingga September 2024 di Malaysia. Di Kuala Lumpur dan Selangor Sahaja, masing-masing mencatatkan bilangan sebanyak 150,699 dan 166,456 pekerja asing pembinaan.

Turut hadir dalam majlis ini adalah, Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Wilayah Persekutuan), Dato' Sri Abdul Rahman Bin Mohamad, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, Dato' Seri Azman Bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Tuan Ir Haji Yusuf Bin Abd Wahab, Pengersi CIDB Malaysia, Puan Zainora Zainal, Timbalan Ketua Eksekutif II, CIDB Malaysia, Puan Betty Binti Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Encik Muhamad Azwal Ab Azis, Pengarah, Jabatan Pengurusan Maklumat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Puan TPr Salmah Binti Haji Salman, Jabatan Perancangan Bandar Perbadanan Putrajaya, Tuan Haji Supian Musa, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Holdings Sdn Bhd dan Encik M. Kamalan, Ketua Pegawai Eksekutif I-Entry Malaysia Sdn Bhd.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9