PERKHIDMATAN PERUNDING ELEKTRIK BAGI MEROBOH DAN MEMBINA KUARTERS BAHARU SERTA MENAIKTARAF BANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR DI PUSPEN SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
Acquisition Type
Tender
Procurement Title

PERKHIDMATAN PERUNDING ELEKTRIK BAGI MEROBOH DAN MEMBINA KUARTERS BAHARU SERTA MENAIKTARAF BANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR DI PUSPEN SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR

Calling Office

Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur

Company Status

Terbuka

T1

Specialization

330103
Kejuruteraan Elektrik

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang yang ditetapkan dan tempoh pendaftaran masih sah sekurang- kurangnya tiga (3) bulan daripada tarikh tender diiklankan
Berdaftar dengan Lembaga Profesional dan tempoh pendaftaran masih sah semasa tarikh tutup tender

On Sale Date
Sale Deadline
Document Price
RM50.00
Site visit

Taklimat Tender secara atas talian adalah DIWAJIBKAN di pautan google meet meet.google.com/iqr-ntki-pdi pada 10 Oktober 2024 (Khamis) jam 2.30 Petang.

Petender WAJIB MENGISI BORANG SARINGAN WAJIB di pautan https://forms.gle/YzjrAp7t1FM4okex9 bermula dari 27 SEPTEMBER 2024 (JUMAAT) hingga 7 OKTOBER 2024 (ISNIN) sebelum jam 11.59 malam. Hanya petender yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan melepasi saringan akan menerima e-mel bagi Taklimat Tender. Mana-mana syarikat yang tidak melalui proses saringan tetapi menghadiri taklimat tender, kehadirannya tidak akan diambil kira dan tidak dibenarkan untuk menyertai tender.

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
RM50
(Harga Dokumen Pelawaan)
Bayaran di atas nama Akauntan Negara Malaysia - KKR - T
Bayaran secara JomPAY

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta,  Tingkat Bawah, 
Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup Tender: 5 NOVEMBER 2024 (SELASA)
Waktu: 12.00 Tengahari

Petender yang telah menghadiri Taklimat Tender sahaja yang akan menerima e-mel yang menyatakan nombor akaun, nama penerima, jumlah bayaran harga jualan dokumen dan kaedah bayaran. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh empat (4) hari selepas penerimaan e-mel daripada Pegawai Mengurus Tender. Mana-mana syarikat yang tidak menghadiri taklimat tender tetapi membuat bayaran dokumen, bayaran tersebut tidak diambil kira dan tidak akan dipulangkan kerana tidak menepati syarat kehadiran taklimat tender.
Hanya petender yang LAYAK dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima nama pengguna atau pautan muat turun melalui e-mel untuk memuat turun Dokumen Tender daripada JCloud. Pautan kepada JCloud adalah melalui https://jcloud.jkr.gov.my. Tempoh muat turun Dokumen Tender adalah 16 OKTOBER (RABU) pukul 12.00 tengah malam
sehingga 30 OKTOBER 2024 (RABU) pukul 11.59 malam.
Dokumen Tender boleh dikemukakan secara SERAHAN TANGAN dengan mematuhi Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada 5 NOVEMBER 2024 (SELASA) jam 12.00 tengahari. Dokumen Tender akan direkodkan sebagai LEWAT DAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sekiranya dikemukakan pada
jam 12.01 tengahari dan ke atas. Cadangan Tenikal dan Cadangan Kos hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat BERASINGAN yang berlakri dan ditandakan “CADANGAN TEKNIKAL” dan “CADANGAN KOS” di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan seperti di atas. Segala urusan petender sama ada secara serahan tangan hendaklah sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Procedure – SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang masa.

 

Closing date