Kursus Pemantapan Pengumpulan Data Kemalangan Dan Pengisian Borang PDRM (K) 27 Tahun 2024 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

Kursus Pemantapan Pengumpulan Data Kemalangan Dan Pengisian Borang PDRM (K) 27 Tahun 2024

Kuala Lumpur, 17 Julai 2024 - Bahagian Perancang Jalan (BPJ), Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengumpulan Data Kemalangan dan Pengisian Borang PDRM (K) 27 Tahun 2024, Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya Malaysia bertempat di The Straits Hotel and Suites, Melaka.

Kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar Dan Pembangunan), Kementerian Kerja Raya. 

Kursus ini turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Mohd Fairuz Muhamad, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya Malaysia dan YDH Asisten Komisioner Polis (ACP) Dr. Bakri Zainal Abidin, Pengarah Perkhidmatan Polis, Urusetia Pejabatan Ketua Polis Negara, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), pegawai dari BPJ, KKR serta Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), PDRM Bukit Aman.

Ceramah sepanjang kursus telah disampaikan oleh YDH ACP Dr. Bakri Zainal Abidin dan Insp. Aziezi Irwan Adnan dari PDRM, Ir. Siti Nurilam Abu Mansor dari Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Ir. Nur Nadzirah Roslan dari Bloomberg Philanthropies Initiative for Global Road Safety.

Kursus ini telah dihadiri oleh 40 orang Pegawai Penyiasat dan Penolong Pegawai Penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah dan JKR Daerah seluruh semenanjung Malaysia.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan berterusan kepada semua pihak yang terlibat dalam pengumpulan dan pengurusan data kemalangan secara tepat dan betul. Data-data kemalangan yang disediakan secara tepat oleh pihak pegawai penyiasat kemalangan PDRM di seluruh negara akan diguna pakai oleh semua pihak yang berkepentingan termasuklah pihak Kementerian Kerja Raya untuk dijadikan rujukan dalam menyediakan perancangan infrastruktur negara yang lebih holistik dan selamat.

BPJ, KKR mengguna pakai data kemalangan jalan raya untuk tujuan analisis bagi menentukan lokasi kerap berlaku kemalangan (blackspots) di Jalan Persekutuan seluruh negara.

Semoga dengan berlangsungnya kursus selama 3 hari ini dapat memberi bermanfaat dan membantu meningkatkan pemahaman para peserta dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. 

Di samping itu, semoga dengan adanya kursus seperti ini akan terus mengukuhkan lagi kolaborasi strategik di antara pihak PDRM dengan KKR serta pihak JKR terutamanya JKR Daerah selaku agensi pelaksana.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2