KERJA-KERJA NAIK TARAF SISTEM EXTRA LOW VOLTAGE DI MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR - ZON A
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT KUALA LUMPUR
Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang berdaftar di Kuala Lumpur sahaja
ME
E01, E04, E11
Taklimat Sebut Harga & Lawatan Tapak adalah diwajibkan. Taklimat Sebut Harga & Lawatan Tapak akan diadakan pada 21 Jun 2023, jam 9.00 pagi secara fizikal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai taklimat dan syarikat tidak boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga. Syarikat yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai sesi taklimat Sebut Harga dan lawatan tapak tersebut.
Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (Download) melalui pautan (Link URL) yang akan diemailkan kepada kontraktor yang melepasi kriteria dan menghadiri Taklimat Sebut Harga & Lawatan Tapak. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula 21 Jun 2024 sehingga 24 Jun 2024.
Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan hanya serahan tangan di alamat : Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Tingkat 11, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengahari, 1 Julai 2024 (Isnin).
Sebarang pertanyaan sila email ke ashrafhafifie@jkr.gov.my atau hanizahm@jkr.gov.my