Sambutan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

Sambutan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023

Kuala Lumpur, 20 Jun 2024 - Telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Seramai 891 penerima yang terdiri daripada 60 pegawai KKR, 729 pegawai JKR, 79 pegawai CIDB dan 23 pegawai LLM telah memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2023.

 

Sepertimana tema APC 2023 "Kompetensi Tonggak Kualiti", para penerima telah menunjukkan dedikasi yang tinggi, kesungguhan yang luar biasa, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan tugas. YB Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam ucapannya memetik kata-kata pelakon The Rock, "Success isn't always about greatness. It's about consistency - Kerja keras secara konsisten akan membawa kita kepada kejayaan yang gemilang”.

 

Pekerja cemerlang, lambang organisasi terbilang. Itulah harapan YB Menteri Kerja Raya terhadap KKR dan agensi-agensi. Melihat kepada bilangan penerima APC yang merupakan 8% dari keseluruhan kakitangan Kementerian dan agensinya, saya berharap kita sedang menuju ke arah organisasi yang mempunyai tradisi kecemerlangan yang mampan.

 

Kementerian Kerja Raya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pesara yang telah bersama-sama menyemai bakti di sepanjang tempoh sebagai penjawat awam. Semoga fasa kehidupan dalam persaraan tuan puan yang diraikan hari ini dilimpahkan segala rahmat dan keberkatan, sihat sejahtera serta bahagia di samping keluarga tersayang.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15